Para ulama telah berselisih pendapat mengenai
penurunan al-Quran. Namun demikian kita akan menerima dan membincangkan
bahawa al-Quran diturunkan melalui tiga peringkat iaitu:
Peringkat pertama : Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke Luh Mahfuz iaitu satu-satunya tempat yang termulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah untuk semua makhluk-Nya. Ini terbukti dengan firman Allah SWT:
Maksudnya : “Bahkan ia
al-Quran yang mulia. Di papan yang terpelihara (Luh Mahfuz)” (Surah al-Buruj:21-22)
Hikmah Penurunan al-Quran peringkat pertama : merupakan kemuliaan bagi
al-Quran itu sendiri kerana tempat tersebut merupakan semulia-mulia tempat di
sisi Allah. Peringkat ini juga perlu kerana peringkat itu menyempurnakan
kewujudan Luh Mahfuz iaitu tempat bagi segala perancangan yang wujud di alam ini
dan al-Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah ke dunia ini.
Penurunan peringkat ini adalah secara sekaligus.
Peringkat kedua : Penurunan peringkat ini ialah penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah SWT: Maksudnya : “Sesungguhnya Kami turunkan Al Quran pada malam Lailatul Qadar" (Surah Al-Qadar: 1)
Begitu juga dengan firman
Allah dalam ayat berikut :
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menurunkan ia pada malam yang
berkat, sesungguhnya Kami pemberi peringatan kepada manusia.” (Surah
ad-Dukhan:3)
Dalam firman Allah yang lain di dalam ayat yang berikut :
Maksudnya : “Bulan
(puasa) yang diturunkan di dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada
manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang
hak dan yang batil.” (Surah
al-Baqarah:185)
Penurunan peringkat ini adalah masih dalam keadaan sekaligus. Ini dapat
dilihat dari hadith yang telah diriwayatkan :
Maksudnya : “
Diturunkan al-Quran ke langit dunia dalam jumlah sekaligus pada malam
Lailatul Qadar kemudian diturunkan sesudah itu selama dua puluh tahun”
Walaupun begitu terdapat juga beberapa pendapat ulama’ yang tidak berapa kuat mengatakan bahawa penurunan tersebut adalah berperingkat-peringkat. Antaranya :
Peringkat ketiga : Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah SAW secara beransur-ansur selama 22,23,24 atau 25 tahun mengikut perselisihan pendapat para ulama’. Dalil bagi peringkat ini adalah firman Allah dalam ayat yang berikut :
Maksudnya : “Al-Quran
ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia
dengan cara perlahan-lahan dan Kami turunkannya sedikit-sedikit.” (Surah al-Isra’:106)
Firman Allah lagi dalam al-Quran :
Maksudnya : “Diturunkan
oleh Roh Suci (Jibril a.s). Ke dalam hati engkau (Ya Muhammad) supaya engkau
memberi peringatan.” (Surah
as-Syu’ara:194)
Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut :
Maksudnya : “Kami
turunkan kepada engkau (Ya Muhammad) Kitab (al-Quran) untuk menerangkan bagi
tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat serta khabar gembira bagi
orang islam.” (Surah an-Nahl:89)
Hikmah diturunkan al-Quran berperingkat-peringkat :Sesungguhnya terdapat banyak hikmah mengapa Allah menurunkan al-Quran secara
berperingkat-peringkat:
Al-Quran terbukti diturunkan untuk menjadi petunjuk dan hidayah yang mengubah
masyarakat Jahiliyah yang buruk kepada umat Islam yang berbudi pekerti mulia
dan mampu mengubah alam. Maka sesungguhnya al-Quran itu adalah hidayah dan
rahmat bagi sekalian alam.
|
Friday, 3 January 2014
Peringkat Penurunan Al Qur'an
Subscribe to:
Comments (Atom)